Thursday, January 22, 2009

BARACK HUSSEIN OBAMA

Obama secara rasminya mentadbir negara kuasa veto, Amerika pada Selasa (22 Jan 2009).

Sejarah pasti mengingatinya berusia 47 tahun itu sebagai Presiden kulit hitam pertama yang menduduki White House. Namun apakah kepimpinannya berjaya atau tidak, ia bergantung kepada pencapaiannya dan bukan warna kulit.

Memimpin negara Uncle Sam itu, Obama menghadapi pelbagai cabaran getir sebaik mengambil alih pentadbiran.

Beliau menduduki pejabat dengan sokongan majoriti ahli kongres dan berhadapan dengan cabaran ekonomi yang tiada tandingannya semenjak era Franklin Delano Roosevelt.

Pengangguran yang meningkat, sistem kewangan yang lumpuh, tahap penjagaan kesihatan yang rendah dan ekonomi yang berbahaya bergantung kepada minyak luar menjadi agenda utama kepimpinannya.

Majoriti ahli kongres gembira dengan prospek Obama sebagai Presiden dan mengalukan perubahan selepas 2 tahun bergelut dengan pemerintahan Presiden George W. Bush.

Yang pastinya, masyarakat dunia sangat mengharapkan satu kelainan dalam pentadbiran dan hal ehwal dunia apabila negara itu bertukar tangan dan gaya pentadbiran walaupun menyedari dasar luarnya tidak akan berubah.

Namun, lain padang lain belalang.
Sama2 kita tunggu hasil pentadbiran Obama....

No comments: